Cara Penggunaan:
Cara mencuci dan menanam uri:
- Simpan uri didalam peti sejuk terlebih dahulu sekiranya tidak boleh basuh terus. Tetapi, digalakkan basuh terus uri tersebut dikhuatiri berbau busuk
- Pakai sarung tangan latex dan apron yang telah diberikan. Bersihkan uri dengan air bersih. Basuh dengan garam kasar dan asam jawa untuk menghilangkan bau hanyir uri tersebut.
- Setelah bersih dibasuh, bungkus uri yang telah ditabur bersama dengan asam keping dengan kain putih dan letakkan di dalam bekas atau periuk tanah agar air tidak menitik. Balut bekas atau periuk tanah tersebut dengan kain putih yg telah diberikan
- Cangkul tanah sedalam yang mungkin agar haiwan tidak dapat menghidu bau uri setelah ditanam.
- Masukkan uri yang telah dibungkus ke dalam tanah dan kambus tanah tersebut. Tidak perlu menghadap kiblat, baca mentera atau apa-apa ritual sewaktu menanam uri. Cukup sekadar bacaan Bismillah dan selawat.
Set included:
- Periuk tanah
- Sarung tangan latex
- 2pcs Kain putih
- Asam keping
- Garam kasar
- Asam keping