Cara mencuci dan menanam uri:
- Anda boleh menyimpan uri didalam peti sejuk terlebih dahulu sekiranya tidak boleh basuh terus. Kalau ada kelapangan masa, digalakkan basuh terus uri tersebut dikhuatiri berbau busuk
- Mulakan dengan Bismillah. Pakai sarung tangan latex dan apron yang telah diberikan. Bersihkan uri dengan air bersih. Buang segala darah yang masih melekat pada uri. Basuh dengan garam kasar dan asam jawa untuk menghilangkan bau hanyir uri tersebut.
- Setelah bersih dibasuh, bungkus uri yang telah ditabur bersama dengan asam keping dengan kain putih dan letakkan di dalam bekas atau periuk tanah agar air tidak menitik.
- Cangkul tanah sedalam yang mungkin agar haiwan tidak dapat menghidu bau uri setelah ditanam.
- Masukkan uri yang telah dibungkus ke dalam tanah dan kambus tanah tersebut. Tidak perlu menghadap kiblat, baca mentera atau apa-apa ritual sewaktu menanam uri. Cukup sekadar bacaan Bismillah dan selawat.
Set includes:
- 1 x Apron
- 2 x Kain Putih
- 2 x Sarung Tangan
- 2 x Getah
- Asam Jawa
- Asam Keping
- Garam Kasar