Get Up to 40% OFF New-Season StylesMenWomen * Limited time only.

BabyZen Yoyo : Stroller Terbaik untuk Perjalanan (2020)

babyzen yoyo

BabyZen Yoyo : Stroller Terbaik untuk Perjalanan (2020)

Setelah 18 bulan perjalanan merangkumi 21 negara, kami ingin kongsikan ulasan kami mengenai kerata bayi (stroller) Babyzen Yoyo. Ia merupakan salah satu stroller terbaik untuk perjalanan, super kompak dan sesuai bermula dari bayi yang baru lahir dan mudah untuk dibawa ke kabin pesawat. Jika anda sedang tercari-cari stroller untuk dibawa berjalan jauh, kami harap ulasan ini dapat membantu!

Ciri-ciri stroller untuk dibawa perjalanan

  • Mesra kabin – boleh dibawa bersama ke pesawat sebagai bagasi kabin adalah ciri utama di mana kita tidak perlu menunggu stroller yang dihantar ke pintu pesawat atau di konveyor tuntutan bagasi. Kita juga tidak perlu bersusah payah mengawal anak berkeliaran sambil kita sedang menunggu dan mengangkat bagasi di konveyor tuntutan bagasi
  • Stroller berbaring – Anak kecik sering tidur di mana-mana dan bila-bila masa ketika berjalan, justeru ciri berbaring adalah semestinya!
  • Kuat dan tahan lasak – Stroller perjalanan akan sentiasa digunakan di pelbagai keadaan permukaan jalan, kerap digunakan dan sering lasak penggunaannya.
  • Harga – Nilai harga yang berbaloi adalah syarat utama tetapi kami sanggup berbelanja lebih sedikit untuk kualiti.

Babyzen Yoyo +

Dengan berat kurang daripada 7kg, Babyzen Yoyo merupakan salah satu model yang sangat kompak untuk dibawa perjalanan yang ada di pasaran. Saiz Stroller Babyzen Yoyo yang memenuhi syarat-syarat untuk dijadikan sebagai bagasi tangan oleh kebanyakan syarikat penerbangan di mana kita boleh membawanya bersama ke pesawat dan disimpan di tempat simpanan atas kepala, merupakan ciri yang paling menarik – semak harga sekarang !

Tip Ulasan Babyzen Yoyo – Kini kami menawarkan versi terbaru Babyzen yang dikenali sebagai Babyzen Yoyo+

Ciri-ciri utama Babyzen Yoyo

  • Berat Stroller – versi 6 bulan + beratnya 6.2kg dan versi baru lahir beratnya 6.6kg
  • Dimensi Stroller – 52 x 44 x 18 cm ketika dilipat
  • Berbaring – Sandar belakang utk 6 bulan+ boleh dibaringkan 145 darjah
  • Kapasiti berat –baru lahir hingga 18kg, lingkungan 4 tahun
  • Sesuai bermula lahir – Versi baru lahir sesuai daripada lahir, ditukarkan kepada stroller 6 bulan+ dengan penukaran fabric
  • Kesesuaian kerusi kereta –Sesuai dengan pilihan kerusi kereta Kumpulan 0+
  • Kanopi – Kanopi yang terkeluar dengan 2 posisi and UPF 50+
  • Penutup hujan – Termasuk dengan pembelian stroller

Photo – ketika dilipat menjadi mesra kabin pesawat

Babyzen Yoyo didatangani dengan bingkai yang canggih berwarna hitam atau putih, bakul mengisi barang dibahagian bawah, kanopi, penutup hujan dan bag bungkus perjalanan. Babyzen Yoyo terdapat didalam 2 versi ;

  • Bayi baru lahir ala bentuk katil sesuai daripada baru lahir sehingga 6 bulan
  • 6 bulan + menghadap depan

Sangat mudah untuk menukar daripada versi baru lahir ke 6 bulan+ dengan hanya menukar set fabric.

Photo untuk kedua2 versi

Dengan mempunyai 2 anak kecik yang berumur dibawah 18 bulan, kami memang menguji kemampuan Babyzen yoyo hingga ke limit.

Babyzen Yoyo mempunyai terlalu banyak kelebihannya  termasuk ;

  • Mesra kabin pesawat
  • Sesuai dari baru lahir senigga 18 kg (4 tahun)
  • Ringan tetapi kuat dan tahan lasak
  • Boleh dibaringkan untuk bayi tidur
  • Mudah disorong walaupun dengan satu tangan
  • Mudah dibuka dan dilipat dengan hanya sebelah tangan
  • Kawalan yang baik di permukaan tidak rata dan berbonggol
  • Sesuai dipasang di kerusi kereta di bawah kumpulan 0+
  • Kanopi 2 posisi
  • Tempat simpanan barang yang besar
  • Mudah dibawa dengan tali ketika tidak digunakan
  • Fabrik boleh dicuci
  • Reka bentuk moden denagn berbagai warna

Kami dapati tiada keburukan tentang Babzsen Yoyo kecuali harganya yang lebih mahal daripada kebanyakan stroller tetapi dengan ciri-ciri yang ditawarkan ianya adalah amat berbaloi dan mempunyai kelas tersendiri.

LEAVE A COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Open chat